Sunday, May 13, 2018

"Aku tidak minta diciptakan"

Mereka berkata : Aku tidak minta diciptakan, jadi biarkan aku.

Ini contoh orang yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur.

Mereka pandai berkata demikian setelah mereka besar panjang, sudah menikmati pelbagai kenikmatan, sudah tahu menyayangi dan menerima kasih sayang, dsb tapi mereka enggan bersyukur dan berterima kasih pada Yang telah mencipta mereka dan telah memberi mereka pelbagai nikmat, dan telah menjanjikan nikmat yang lebih besar dalam syurga nanti. Nikmat ini tidak dapat dirasakan jika mereka tidak diciptakan.